Tuesday, November 28, 2017

Bantuan Kewangan Master- Susah nak dapat

Alhamdulillah dapat sambung pengajian diperingkat Master. Baru-baru ini cubalah untuk dapatkan bantuan kewangan daripada beberapa buah kerajaan negeri tapi syarat kelayakkan pun tak lepas. Sebab utama TIDAK MENETAP dinegeri tersebut. Aku pun tak tahu nak cakap aku orang mana. Lahir di Perak. Mak orang Sabah bapa orang Johor. Bila pergi ke Perak tak layak sebab tak menetap di Perak. Tengok Sabah pun sama juga. Tengok Johor pun sama juga. Bila cuba Selangor sama juga. Ermm Pening

Sunday, June 19, 2016

Sijil Kursus Ejen Kastam

Sijil Kursus Ejen Kastam Eksekutif untuk disewa. Berminat sila hubungi saya memalui email soffiq_dodgeball@hotmail.my

Thursday, May 28, 2015

Keluahan...

  Sambil-sambil duduk termenung dipetang hari tiba-tiba terfikir nak update blog tentang kos sara hidup yang kian meningkat.  Acapkali kita dapat dengar pak menteri cakap kerajaan berusaha membantu rakyat.  Meringankan beban rakyat.

  Pada 1 April 2015, secara rasminya GST (Good & Service Tax) diperkenalkan.  Pak menteri cakap GST ini banyak membantu rakyat.  Ada yang cakap GST ni akan memberi keuntungan kepada rakyat antaranya sebilangan harga barangan akan turun.  Satu pengkhabaran yang amat gembira.  Tetapi adakan itu semuanya benar?? Persoalan ini sering kali bermain diminda.

  Sebelum 1 April tempat saya kerja giat menukar harga barang.  Purata harga yang ditukar bukannya menurun akan tetapi meningkat.  Sekarang di media sosial kritikan hebat kita dapat dilihat yang khasnya ditujukan kepada dua individu terkemuka di Malaysia iaitu Y.A.B Perdana Menteri dan Y.B Dato Ahmad Maslan yang masih lantang mempertahankan sistem GST ini.


  Kita juga dapat lihat DYYM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR juga mengeluarkan titah mengenai GST ini.

Saya sebagai rakyat pun tak faham apa GST ini sebenarnya.  Dalam tv iklan semua memuji GST... Saya kita lihat apa kebaikannya kepada kita pada masa akan datang.

Tamat Pengajian..






  Alhamdulillah tamat sudah pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM Samarahan 2.  Selama 2 tahun setengah menetap di Bumi Kenyalang akhirnya berjaya juga mendapatkan Diploma.  Pelbagai pekara telah berlaku sepanjang pengajian sama ada baik atau buruk ia dijadikan panduan dan pengajaran pada masa akan datang.


 Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli keluarga yang banyak membantu saya.  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan para  pensyarah yang tidak penat berkongsi ilmu kepada saya.  Kepada rakan-rakan terima kasih diatas bantuan dan perkenalan kita.  Jangan jadikan penamat pembelajaran ini sebagai tamatnya persahabatan kita.  Thank you for support me when i need you all... Thank you orang SARAWAK!!


Monday, February 23, 2015

Part time..

Alhamdulillah dapat juga part time dekat kedai buku sementara menunggu keputusan degree nanti. Macam2 pengalaman dapat waktu ni... Macam2 jenis orang dapat dikenali.. Macam2 ragam... Bahasa tak serupa penampilan.. Dunia oh dunia..

Sunday, May 18, 2014

Bapa...

Cuti semester kali ini telah diluangkan untuk mencari part time job agar ada duit poket sedit. Kali ini saya ingin berkongsi satu situasi yang mana saya terharu kepada seorang bapa ini.  Saya bekerja di sebuah kedai buku, tiba-tiba datang seorang pelangan lelaki dan bertanyakan kakulator mana yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah.  Saya syorkan Casio 570MS kerana ia boleh digunakan sehinggalah ke alam universiti.  Pada mulanya saya tidak tahu bahawa pelangan tadi mencari kakulator yang mana harganya murah untuk anaknya.  Perasaan sedih saya muncul apabila pelangan tadi membuat pangilan telifon dan memberitahu harga kakulator itu mahal kepada ibu beliau.  Pada mulanya saya mahu syorkan kakulator Casio 570MS tetapi disebabkan pelangan itu kurang duit terpaksa tukar kepada Casio 350.  Point yang saya nak highlight ini adalah dimana seorang bapa yang kurang berkemampuan berusaha untuk menyediakan keperluan pembelajran anaknya.  Mungkin duit pembelanjaan mereka cuma ada RM50.00?? Sedihnya saya.  Saya berharap agar anak pelangan tadi berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang dan membangakan kedua ibu bapa mereka.

Sunday, April 20, 2014

First Handle Dinner

Alhamdulillah, pada 15 Februari 2014 saya dan rakan-rakan dari Kumpulan BM118 4A "ORION" telah berjaya menganjurkan majlis makan makan iaitu " Appreciation and Culture Night" bertempat di Four Points Hotel Kuching, Sarawak.  Program ini telah dihadiri oleh para pelajar BM118 dan para pensyarahan.

(saya dan Tuan Haji Yasmin)
 Tujuan utama program ini adalah bagi meraikan kecermerlangan para pelajar BM118 yang mendapat keputusan semester yang cemerlang.  Disamping itu, majlis makan makan malam ini juga turut diselitkan dengan ceremah yang bertajuk " HOW TO CONTROL YOUR NERVOUSNESS IN FACING CHALLENGES" disampaikan oleh Tuan Haji Yasmin Bin Hashim.


(ORION, VIP& VVIP)
Alhamdulillah program ini berjaya mencapai matlamat utama kami dan feedback yang baik daripada hadirin. Pengalaman sebegini mungkin hanya sekali sahaja yang saya perolehi dan insyaAllah yang baik akan dimanfaatkan bersama. Ribuan terima kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang perlaksanaan program kali ini. Terima Kasih.

 (With my friends)


(With Azlan)

(With Advisor)

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.. Bersemperna dengan bulan Syawal ini saya ingin memohon kemaafan daripada kalian semua andai diri ini ada terlunjur kata dan menguris hati anda semua.. Apa2 pun selamat mengumpul duit raya hahaha

Friday, July 19, 2013

Salam Ramadan

Salam Ramadan semua.. Asal je raya menjelang harga tiket flight pun naik mendadak.. Nak balik tapi mahal malas nak bebankan keluarga.. Cuti pun tinggal beberapa hari sahaja lagi ni... Harap2 ada rezeki bolehlah balik..

Saturday, July 13, 2013

Iftar di Kampung Moyan Laut, Asajaya Kota Samarahan, Sarawak...

Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga azlan. Ini adalah kali kedua buka puasa bersama keluarga beliau kali pertama pada tahun lepas.. Layanan yang baik daripada keluarga belia sangatlah mesra.. Diri ini terasa seakan-akan terhutang budi...Insyaallah bila berjaya tidak akan melupakan jasa baik orang-orang yang banyak membantu sewaktu susah.