Friday, July 12, 2013

Kerja VS Solat Jumaat

Soffiq:  Assalamualaikum

Fifie:    Waalaikumussalam

Soffiq:   Maafkan saya Cik Fifie saya nak tanya mengenai polisi yang  
             sedia ada di syarikat ini. Betul ke sebelum ini para pekerja lelaki
             yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk menunaikan Solat
             Jumaat?

Fifie:     Bukan begitu,sebelum ini ada juga pekerja telah  
mengemukakan mengenai isu ini,tapi malangnya cadangan ini   
telah ditolak. Mengikut polisi syarikat ini, waktu lunch hour  adalah 1:00 - 2:00p.m.  Polisi ini tidak boleh diubah kecuali dengan izin pihak atasan.  Actually saya pun kurang bersetuju dengan masa yang ditetapkan ini.  Disebabkan setiap cadangan yang dikemukan ditolak, mungkin Encik boleh mengemukakan isu ini semula  kepada Puan Syarifah.

Soffiq:  Macam mana saya nak kemukakan isu ini?

Fifie:     Sila ikut saya ke bilik Puan Syarifah

Di bilik Puan Syarifah

Fifie:    Puan maaf menganggu.  Ermm,kita ada sedikit masalah, pekerja
           ada mahu beri cadangan mengenai waktu rehat dan solat jumaat.
           So, mungkin Puan boleh dengar dulu cadangan dia dan beri
           kata putus.

Wana: Baiklah.  Sebelum itu dia tahu tak polisi syarikat ini?

Fifie:   Saya dah terangkan cuma dia masih musykil dengan masa yang
           telah ditetapkan.

Wana: Suruh dia masuk.

Soffiq: Assalmualaikum Puan, saya Muhammed Soffiq Bin Saripin
           pekerja baru syarikat ini ingin mengemukakan cadangan kepada
           Puan mengenai pelepasan untuk menunaikan Solat  Jumaat.


Wana:  Bukan macam tu Encik, sebenarnya pekara ini dah berkali-kali
            dibawa ke pihak atasan dan keputusannya tetap sama pekara ini
            tidak boleh diubah.  Satu lagi, syarikat ini merupakan syarikat
            milik rakyat Jepun yang beroperasi di Malaysia.  Lagi satu dalam
            syarikat ini ilmu keagamaan kurang dititik beratkan.  Saya tidak
            mempunya kuasa untuk mengubah jadual waktu rehat ini
            melainkan usul ini dibawa  sekali lagi ke mesyuarat majlis
            lembaga pengarah bersama dengan alasan yang kukuh. Macam  
            inilah Encik, saya cuba mempertimbangakan cadangan Encik.
            Cuba Encik terangkan sebab-sebab  yang munasabah kenapa
            saya perlu mengemukakan kembali masalah ini kepada pihak
            atasan?

Soffiq: Macam ini puan, Solat Jumaat ini wajib keatas orang lelaki yang
           beragama Islam.  Ini kerana ada hadis nabi yang mengatakan
           bahawa orang lelaki tidak boleh meninggalkan solat jumaat tiga 
           kali berturut-turut tanpa sebab. Selain itu, Allah SWT juga ada
           berfirman didalam Surah Al-Juma’ah ayat 9:
          “Wahai orang-orang yang beriman!  Apabila diserukan azan untuk   
           mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi
           ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Solat
           Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu.” 

          Selain itu, seperti yang kita ketahui solat itu adalah wajib keatas
          orang mukmin.  Disamping itu, ada juga hadis nabi yang 
          mengatakan:
          “Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam     
          dengan mengadakannya secara berjemaah kecuali empat iaitu
          seorang hamba, perempuan, kanak-kanak, dan orang sakit, 
          hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.

Fifie:  Saya sendiri pun perlu masa untuk menunaikan solat fardhu  
          cuma masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.  Oleh itu,
          mungkin pekara ini Puan perlu tegaskan nanti di dalam
          mesyuarat.

Wana: Baiklah, saya bersetuju dengan cadangan Encik Soffiq dan Cik
            Fifie. Sebenarnya terdetik diminda saya mengenai isu ini tetapi
           disebabkan kuasa yang ada ditangan saya tidak mencukupi  dan
           saya tidak mumpunyai alasan yang kukuh saya  tidak dapat    
           memberi kata putus pada masa ini.  Saya tidak pasti macam  
           mana hendak mencari jalan penyelesaian mengenai waktu solat
           Jumaat ini.  Mungkin kalian berdua ada sebarang cadangan?
Fifie:   Macam ni Puan, saya berpendapat adalah lebih baik masa lunch
           pekerja lelaki muslim ditukar pada jam 12:30-1:30pm agar
           mereka dapat menunaikan solat jumaat itu. Masa yang mereka
           perlukan hanyalah sejam sahaja manakalah masa yang
           diperlukan untuk mereka bersolat adalah kira-kira 45 minit.
           Memandangkan kita dan memasuki bulan Ramadan masa yang
           lebih boleh digunakan oleh para pekerja untuk berehat. Saya
           berpendapat bila kita mengemukakan cadangan ini mungkin
           pekerja akan berpuas hati dan isu perletakkan jawatan pekerja
           tidak akan berlaku lagi.

Wana: Baiklah, untuk hari ini saya memberi kebenaran pekerja muslim
           lelaki untuk pergi solat jumaat manakalah bagi minggu hadapan
           saya belum boleh beri kata putus kerana saya akan membawa
           isu ini ke mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat pada hari
           Isnin ini. Saya yakin isu ini akan diterima sebulat suara bilamana
           penjelasan diberi.  Saya juga berpendapat isu ini akan selesai
           dan pihak ahli lembaga pengarah menerima kerana Malaysia     
           merupakan Negara Islam dan mereka juga harus mematuhi polisi
           pekerjaan Negara ini.

Soffiq: Terima kasih Puan diatas keprihatian Puan untuk mendengar
            cadangan daripada saya ini.  Cadangan ini bukannya untuk
            kepentingan saya sahaja tetapi mewakili semua pekerja. Terima
            kasih banyak-banyak.

Fifie:   Terima kasih puan kerana sudi mendengar luahan hati pekerja
           puan.

Wana: Sama-sama. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang
           pengurus.


No comments: