Sunday, May 18, 2014

Bapa...

Cuti semester kali ini telah diluangkan untuk mencari part time job agar ada duit poket sedit. Kali ini saya ingin berkongsi satu situasi yang mana saya terharu kepada seorang bapa ini.  Saya bekerja di sebuah kedai buku, tiba-tiba datang seorang pelangan lelaki dan bertanyakan kakulator mana yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah.  Saya syorkan Casio 570MS kerana ia boleh digunakan sehinggalah ke alam universiti.  Pada mulanya saya tidak tahu bahawa pelangan tadi mencari kakulator yang mana harganya murah untuk anaknya.  Perasaan sedih saya muncul apabila pelangan tadi membuat pangilan telifon dan memberitahu harga kakulator itu mahal kepada ibu beliau.  Pada mulanya saya mahu syorkan kakulator Casio 570MS tetapi disebabkan pelangan itu kurang duit terpaksa tukar kepada Casio 350.  Point yang saya nak highlight ini adalah dimana seorang bapa yang kurang berkemampuan berusaha untuk menyediakan keperluan pembelajran anaknya.  Mungkin duit pembelanjaan mereka cuma ada RM50.00?? Sedihnya saya.  Saya berharap agar anak pelangan tadi berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang dan membangakan kedua ibu bapa mereka.

No comments: