Thursday, May 28, 2015

Keluahan...

  Sambil-sambil duduk termenung dipetang hari tiba-tiba terfikir nak update blog tentang kos sara hidup yang kian meningkat.  Acapkali kita dapat dengar pak menteri cakap kerajaan berusaha membantu rakyat.  Meringankan beban rakyat.

  Pada 1 April 2015, secara rasminya GST (Good & Service Tax) diperkenalkan.  Pak menteri cakap GST ini banyak membantu rakyat.  Ada yang cakap GST ni akan memberi keuntungan kepada rakyat antaranya sebilangan harga barangan akan turun.  Satu pengkhabaran yang amat gembira.  Tetapi adakan itu semuanya benar?? Persoalan ini sering kali bermain diminda.

  Sebelum 1 April tempat saya kerja giat menukar harga barang.  Purata harga yang ditukar bukannya menurun akan tetapi meningkat.  Sekarang di media sosial kritikan hebat kita dapat dilihat yang khasnya ditujukan kepada dua individu terkemuka di Malaysia iaitu Y.A.B Perdana Menteri dan Y.B Dato Ahmad Maslan yang masih lantang mempertahankan sistem GST ini.


  Kita juga dapat lihat DYYM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR juga mengeluarkan titah mengenai GST ini.

Saya sebagai rakyat pun tak faham apa GST ini sebenarnya.  Dalam tv iklan semua memuji GST... Saya kita lihat apa kebaikannya kepada kita pada masa akan datang.

No comments: