Thursday, May 28, 2015

Tamat Pengajian..






  Alhamdulillah tamat sudah pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM Samarahan 2.  Selama 2 tahun setengah menetap di Bumi Kenyalang akhirnya berjaya juga mendapatkan Diploma.  Pelbagai pekara telah berlaku sepanjang pengajian sama ada baik atau buruk ia dijadikan panduan dan pengajaran pada masa akan datang.


 Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli keluarga yang banyak membantu saya.  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan para  pensyarah yang tidak penat berkongsi ilmu kepada saya.  Kepada rakan-rakan terima kasih diatas bantuan dan perkenalan kita.  Jangan jadikan penamat pembelajaran ini sebagai tamatnya persahabatan kita.  Thank you for support me when i need you all... Thank you orang SARAWAK!!


No comments: